Jumat, 08 April 2016
MAKANAN YANG MESTI ANDA MAKAN SETIAP HARI
Makanan seimbang penting untuk kesihatan badan anda. Setiap hari kita makan pelbagai jenis makanan samada ringan ataupun berat. Tidak menjadi kesalahan jika kita makan pelbagai jenis makanan, tetapi ia haruslah seimbang.
Berikut jenis makanan yang perlu kita makan seharian dan jangan lupa sertakan 5 kumpulan makanan berikut:
1. Makanan berkarbohidrat
Sumber karbohidrat yang baik adalah bijirin (seperti beras, gandum, oat) dan produk bijirin (seperti mi, roti) serta ubian (seperti ubi kayu dan ubi kentang). Makanan ini membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita bagi melakukan aktiviti seharian. Pilih jenis bijirin penuh sekerap boleh kerana ia mengandungi lebih banyak serat, vitamin dan mineral berbanding bijirin halus. Ia juga dihadam lebih perlahan dan membebaskan tenaga secara tetap.
2. Makanan berprotien
Sumber protein yang baik adalah ikan, ayam, itik, daging, telur dan legume (kacang pis, kekacang dan dhal). Protien adalah asas binaan semua tisu badan dan diperlukan untuk membaiki dan mengganti tisu. Ia memastikan tumbesaran dan perkembangan yang optimum lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak.
3. Sayuran
Sayur-sayuran merupakan sumber yang sangat baik untuk vitamin, mineral, serat dan fitokimia. Kebanyakkan fitokimia merupakan antioksidan yang dipercayai boleh melawan penyakit tertentu. Fitokimia turut memberi warna berlainan kepada sayuran. Pastikan kita makan sayur-sayuran setiap hari bagi mencegah masalah kesihatan di kemudian hari.
4. Buah-buahan
Buah-buahan adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk dimakan setiap hari. Pilih pelbagai warna buah-buahan kerana ia mengandungi vitamin dan fitokimia yang berlainan jenis untuk membantu menguatkan daya tahanan badan. Seeloknya makan 2 biji buah yang berbeza setiap hari.
5. Susu dan produk tenusu
Susu dan produk perlu diambil setiap hari, pada setiap peringkat umur kerana ia makanan berkhasiat yang mengandungi pelbagai jenis nutrient penting. Bukan sahaja mengandungi kandungan protein yang tinggi, malah kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan kalsium. Ia juga bertujuan untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat serta memaksimumkan pertumbuhan tulang pada usia muda yang boleh mencegah osteoporosis di hari tua.
Hidangan yang seimbang adalah bekalan makanan yang terdiri daripada kelima-lima kumpulan makanan di atas. Tiada satu jenis makanan yang dapat membekalkan semua nutrient yang diperlukan.
MAKANAN YANG MESTI ANDA MAKAN SETIAP HARI
Reviewed by Unknown
on
03.25
Rating: 5
