‘Air merah’ serang Labuan
Fenomena air merah atau ‘Red Tide’ dikesan mula menyerang perairan Wilayah Persekutuan Labuan sejak kelmarin, kira-kira 600 meter dari Pulau Papan.
Tinjauan Jabatan Perikanan mendapati, fenomena itu mula menyerang perairan itu pada jam 11.40 pagi dan keluasan meliputi kira-kira tiga hingga empat hektar dan sedang hanyut menghampiri Pulau Papan.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Zainuddin Abd Wahab berkata, sampel sudah dihantar ke makmal perikanan Likas, Sabah. “Ujian makmal mendapati spesies Red Tide adalah dari jenis’ Pyrodinium bahamense var compressum’ dengan jumlah kepekatan amat tinggi dan ini dikenali sebagai ‘Ledakan Alga’,” katany
Apa Itu Fenomena Air Merah [Red Tide]?
Perairan Sabah terutamanya di kawasan Labuan memang sudah lama terkenal dengan kejadian air merah atau lebih dikenali ‘Red Tide’ disebabkan oleh Cochlodinium polykrikoides.Namun pada penghujung tahun 2005 dan awal tahun 2006 sejenis lagi penyebab air merah yang dikenali sebagai Pyrodinium bahamense var compressum mula muncul.Dinoflagelat Pyrodinium bahamense var compressum yang juga pengeluar racun atau toksik kumpulan ‘Paralytic shellfish poisoning’ [PSP] yang mempunyai lebih 20 derivatif.
Punca Fenomena Air Merah Beracun [Red Tide]
Fenomena air merah beracun [Red tide] di Perairan Sabah terutamanya di Perairan Labuan berlaku secara bermusim iaitu di penghujung tahun dan awal tahun.Diramalkan bahawa fenomena ini biasanya berlaku pada musim kemarau selepas nerlakunya hujan lebat dan kesan dari suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan.Semasa fenomena,air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan dinoflagellate bertoksik kerana adanya pertambahan nutrien dalam air laut.
Mengapakah sebilangan sahaja hidupan laut yang menjadi toksik?
Ini disebabkan keunikan hidupan laut tersebut yang mempunyai sistem pemakanan secara penapisan.Plankton yang bertoksik akan terkumpul dalam tisu dan organ dalaman semasa penapisan makanan.Hidupan laut yang berkenaan adakah seperti berikut:
i. Semua jenis kerang-kerangan
ii. Ikan tamban
iii. Ikan selar
iv. Ikan selayang
v. Ikan kembong
Tanda-tanda keracunan
i. Peringkat Awal
Pada masa 30 minit pertama,mangsa akan terasa kebas pada bahagian bibir,kemudian ke bahagian muka terus ke leher.Mangsa juga akan terasa seperti dicucuk jarum di bahagian hujung kaki dan tangan,sakit kepala,pening,muntah-muntah,cirit-birit dan loya.
ii. Peringkat Bahaya
Bagi kes yang teruk,mangsa akan mengalami kelumpuhan otot,sukar bernafas dan rasa tercekik.Dalam kes yang sangat serius,kematian boleh berlaku dalam masa 2 hingga 23 jam kerana sistem pernafasan menjadi lumpuh dan jantung tidak berfungsi.
Langkah-langkah keselamatan
Setakat ini,belum ada lagi penawar atau antidot yang khusus untuk rawatan keracunan kerang paralitik.Oleh itu,langkah-langkah keselamatan seperti yang berikut haruslah dititik-beratkan:
1. Ambil perhatian terhadap sebarang pengumuman dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.
2. Elakan dari memakan semua jenis kerang-kerangan dan ikan-ikan yang berkenaan.
3. Ikan-ikan lain haruslah dibuang insang,organ dalaman dan dicuci dengan bersih sebelum dimasak.
4. Udang laut boleh dimakan tetapi kepala dan perut mestilah dibuang dan dicuci dengan bersih.
5. Elakan daripada memakan ketam dan udang kera dalam kuantiti yang banyak.
6. Sekiranya keracunan,dapatkan rawatan segera.Jangan minum alkohol.Di kawasan terpencil dimana rawatan segera tidak mudah diperolehi,minum air garam dalam kuantiti yang banyak atau telan putih telur dengan segera untuk mengeluarkan segala isi perut