Minggu, 03 April 2016

KESILAPAN BERDIET YANG PERLU DIELAKKAN

KESILAPAN BERDIET YANG PERLU DIELAKKAN

Kesilapan yang sering dilakukan ketika berdiet

Sering merasa sia-sia berdiet kerana berat badan tidak turun? Pelbagai cara diet dilakukan tetapi berat badan masih ditahap lama? Lebih teruk apabila ia semakin bertambah bukannya berkurang. Sebenarnya ramai yang mengalami masalah ini, puncanya kerana kesilapan yang tidak disedari ketika sedang menjalani diet. Berikut disenaraikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika berdiet.

1. Jumlah kalori terlalu rendah

Ramai yang memilih untuk tidak makan kerana terlalu taksub mengejar matlamat untuk langsing dan mengurangkan berat badan. Ini menyebabkan kandungan kalori dalam badan tidak memadai seperti yang diperlukan oleh tubuh.

Lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 2500 kcal kalori setiap hari manakala wanita memerlukan sekurang-kurangnya 2000 kcal setiap hari. Sebaliknya jika jumlah kalori yang masuk hanya sekitar 1000 kcal atau kurang ia akan menurunkan kadar metabolisme tubuh dan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap anemia.

2. Batasi pengambilan kelompok makanan

Terdapat segelintir golongan berdiet membataskan pengambilan kelompok makanan tertentu. Contohnya mengamalkan diet karbohidrat, atau diet lemak. Tidak seharusnya berdiet dengan mengelakkan pengambilan karbohidrat dan lemak kerana tubuh masih memerlukannya. Masih boleh menurunkan berat badan dengan mengambil karbohidrat dan lemak tetapi perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit. Seeloknya makanlah makanan rendah lemak.

3. Kurangkan masa makan

Kesilapan paling ketara adalah meninggalkan waktu makan semata-mata kerana mahu berat badan turun dengan segera Seharusnya kurangkan jumlah makan bukan kuantiti masa makan.

4. Tidak minum susu

Mengambil susu setiap hari amat baik dan diperlukan, terutama susu rendah lemak yang berkalsium tinggi. Ini dapat membantu menguatkan tulang dan melengkapi nutrisi tubuh.

5. Penyalahgunaan salad

Makan salad sememangnya baik untuk berdiet kerana ia mengandungi sedikit kalori atau lemak. Namun, harus berhati-hati dengan mayonis yang digunakan sebagai ramuan tambahan kerana bahan asas mayonis terdiri daripada telur dan perasa berasaskan minyak yang jika berlebihan akan merosakkan program diet anda!.
Cuba ini: Salad campuran ala Western.

Semoga diet anda berjaya setelah mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan!

Author

WIDGET 2