Jumat, 08 April 2016

MAKANAN TERBAIK UNTUK MENGELAKKAN PERUT BUNCIT

elak perut buncit

Makanan Terbaik Elak Perut Buncit. Perut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan diri tidak kira samada lelaki dan perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit juga mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut. Oleh itu, kita disarankan untuk mengambil makanan mengikut pola pemakanan yang sihat dan diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut beberapa jenis makanan yang dapat membantu kita mengempiskan perut sekaligus mengurangi ukuran pinggang kita!. 

1. Serat 
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

2. Protein
Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang panggang pula mengandungi banyak gula.

3. Enzim 
Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

4. Lemak sihat
Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi tenaga. 

Lemak baik boleh didapati dari beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak zaitun. Bukan sahaja mampu membakar lemak, malah minyak zaitun juga boleh membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar. Seeloknya elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana secara semulajadi pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.

'Bersama menjaga kesihatan tubuh badan melalui pemakanan!'

Author

WIDGET 2