Jumat, 08 April 2016


KEBURUKAN JIKA TERLEBIH ATAU TERKURANG TIDUR

Jika anda jenis yang tidur kurang dari 6 jam, anda mempunyai 48% kebarangkalian mengalami penyakit jantung yang mungkin boleh mengakibatkan kematian dan 16% kebarangkalian untuk mengalami strok atau mati darinya. Ini kerana berdasarkan satu penyelidikan yang dibuat di Universiti Warwick, tabiat tidur lewat malam dan bangun pada awal pagi membawa risiko besar terhadap kesihatan.

Menurut sebuah kajian di Sekolah Perubatan Harvard, lelaki berusia 65 tahun ke atas yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan lebih mudah menghidapi penyakit darah tinggi. Tekanan darah tinggi berupaya meningkatkan risiko sakit jantung, strok dan banyak lagi penyakit lain. 

Benar, tidur yang melebihi 9 jam berterusan memberi petanda sesuatu penyakit seperti penyakit kardiovaskular tetapi ramai pakar perubatan mendapati bahawa kekurangan tidur mengakibatkan tekanan, membuatkan jantung berdegup dengan lebih kencang. 

Tambahan pula, bukan sahaja tidur berlebihan membawa kepada masalah kegemukan. Malah, kegemukan juga boleh diakibatkan oleh tidur yang kurang. Jelas Dr John Shneerson, seorang pakar kedoktoran di pusat tidur Hospital Papworth, sel lemak badan menghasilkan sebuah hormon yang dikenali sebagai leptin, yang berfungsi menutup selera makan demi mengekalkan berat badan. Sekiranya tidak cukup tidur, tahap leptin akan berkurang, membuatkan rasa selera makan kian naik. Pada masa yang sama, tabiat tersebut juga akan meningkatkan pengeluaran suatu jenis hormon dari bahagian perut yang dikenali sebagai ghrelin, yang berfungsi menaikkan nafsu makan. 

Disebabkan rasa tertekan akibat kurang tidur, kelenjar adrenal akan menghasilkan lebih banyak jumlah steroid, lantas membuatkan lebih banyak lemak tersimpan dalam badan. 

Berdasarkan kajian yang dibuat di UK, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Asia Timur, mereka yang mengamalkan tidur kurang dari 6 jam sehari mengalami 12% kebarangkalian untuk mati dalam masa 25 tahun berbanding mereka yang mendapat tidur cukup, iaitu sekitar 6 hingga 8 jam. Lebih teruk lagi, kekurangan tidur yang mencukupi boleh membawa padah bunuh diri jika dibiarkan tabiat tersebut. Ini kerana tidur yang kurang membuatkan kita berasa lebih letih, pelupa, bersikap tidak peduli dan lebih mudah marah. 

Untuk mendapatkan tidur yang enak, gunakan tilam dan bantal yang selesa dan beli tilam baru sekiranya tilam yang sedia ada sudah berusia lebih dari 10 tahun kerana hal ini boleh membawa kesan kepada tidur anda. Jika boleh, cuba dapatkan tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap hari -Yahoo Malaysia


MAKSUD MENDALAM BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Maksud Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. 

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. 
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah.. 

Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. 
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, 

Warhamni.. (Sayangi aku..) 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.  Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu. 

Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..) 
Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..) 
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 
Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..) 
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 
Wa'fuannii..(Maafkan aku..) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi). 


KENAPA KITA MENADAH TANGAN KE LENGIT KETIKA BERDOA?


Salah seorang ulama Al Azhar, Al Muhaddits Syeikh Ahmad bin Shiddiq Al Ghumari Al Maghribi (1380 H) telah menyebutkan alasan kenapa disyariatkan menadahkan tangan ke langit saat berdoa. Menurut beliau, Al Manhu Al Mathlubah fi Istihbabi Raf’i Al Yadaini fi Ad Du’a` ba’da As Shalawati Al Maktubah (hal.61), beliau mengatakan,

”Jika ada yang mengatakan,’kalau Allah Ta’ala terbebas dari arah, lantas kenapa menadahkan tangan ke langit saat berdoa?’”

Beliau menjawab pertanyaan itu dengan jawaban Imam At Thurthusi (529 H), ulama Malikiyah dari Iskandariyah, yang termaktub dalam Ithaf As Sadah Al Muttaqin, syarah Ihya Ulum Ad Din (5/34,35). Dalam jawaban itu, At Thurthusi memberikan dua jawaban:

Pertama:

Hal itu berkenaan dengan masalah ubudiyah, seperti menghadap kiblat saat melaksanakan shalat, dan meletakkan kening ke bumi saat sujud, yang juga mensucikan Allah dari tempat, baik itu Ka’bah mahupun tempat sujud. Sehingga, seakan-akan langit merupakan kiblat saat berdoa.

Kedua :

Kerana langit adalah tempat turunnya rezeki, rahmat dan keberkahan, sebagaimana hujan turun dari langit ke bumi. Demikian pula, langit merupakan tempat para malaikat, dimana Allah memutuskan maka perintah itu tertuju kepada mereka, hingga mereka menurunkannya ke penduduk bumi. Ringkasnya, langit adalah tempat pelaksanaan keputusan, maka doa ditujukan ke langit.

Jawaban At Thurtusi di atas sebenarnya merujuk kepada jawaban Al Qadhi Ibnu Qurai’ah (367 H), saat ditanya oleh Al Wazir Al Muhallabi (352 H), seorang menteri Baghdad yang amat dekat dengan para ulama. Dimana suatu saat Al Muhallabi menanyakan,

“Saya melihatmu menadahkan tangan ke langit dan merendahkan kening ke bumi, di mana sebenarnya Dia (Allah Ta’ala)?

Ibnu Qurai’ah menjawab,

”Sesungguhnya kami menadahkan tangan ke tempat-tempat turunnya rezeki. Dan merendahkan kening-kening kami ke tempat berakhirnya jasad-jasad kami. Yang pertama untuk meminta rezeki, yang ke dua untuk menghindari keburukan tempat kematian. Tidakkah engkau mendengar firman Allah Ta’ala (yang maknanya),”Dan di langit rezeki kalian dan apa-apa yang dijanjikan.” (Ad Dzariayat: 22). Dan Allah Ta’ala berfirman (yang maknya),”Darinya Kami ciptakan kalian, dan padanya Kami kembalikan kalian.”

(Thaha: 55).

Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul Fathul Bari,jilid 2, m/s 233, cetakan Dar Ma’rifah Beirut :


السماء قِبْلة الدعاء كما أن الكعبة قِبْلة الصلاة” اهـ.

Katanya: Langit merupakan kiblat bagi doa sebagaimana kaabah kiblat bagi solat.
Allah Taala telah sedia ada tanpa tempat, tanpa arah dan Allah telah sedia wujud sebelum Dia menciptakan segala makhluk.
_______________________
Dinukil dari Al Manhu Al Mathlubah fi Istihbabi Raf’i Al Yadaini fi Ad Du’a` ba’da As Shalawati Al Maktubah, Maktab Al Mathbu’at Al Islamiyah, cet 2 (2004) dengan tahqiq Syeikh Al Muhaddits Abdu Al Fattah Abu Ghuddah.


Makanan seimbang penting untuk kesihatan badan anda. Setiap hari kita makan pelbagai jenis makanan samada ringan ataupun berat. Tidak menjadi kesalahan jika kita makan pelbagai jenis makanan, tetapi ia haruslah seimbang.

Berikut jenis makanan yang perlu kita makan seharian dan jangan lupa sertakan 5 kumpulan makanan berikut:

1. Makanan berkarbohidrat
Sumber karbohidrat yang baik adalah bijirin (seperti beras, gandum, oat) dan produk bijirin (seperti mi, roti) serta ubian (seperti ubi kayu dan ubi kentang). Makanan ini membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita bagi melakukan aktiviti seharian. Pilih jenis bijirin penuh sekerap boleh kerana ia mengandungi lebih banyak serat, vitamin dan mineral berbanding bijirin halus. Ia juga dihadam lebih perlahan dan membebaskan tenaga secara tetap.

2. Makanan berprotien
Sumber protein yang baik adalah ikan, ayam, itik, daging, telur dan legume (kacang pis, kekacang dan dhal). Protien adalah asas binaan semua tisu badan dan diperlukan untuk membaiki dan mengganti tisu. Ia memastikan tumbesaran dan perkembangan yang optimum lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak.

3. Sayuran
Sayur-sayuran merupakan sumber yang sangat baik untuk vitamin, mineral, serat dan fitokimia. Kebanyakkan fitokimia merupakan antioksidan yang dipercayai boleh melawan penyakit tertentu. Fitokimia turut memberi warna berlainan kepada sayuran. Pastikan kita makan sayur-sayuran setiap hari bagi mencegah masalah kesihatan di kemudian hari.

4. Buah-buahan
Buah-buahan adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk dimakan setiap hari. Pilih pelbagai  warna buah-buahan kerana ia mengandungi vitamin dan fitokimia yang berlainan jenis untuk membantu menguatkan daya tahanan badan. Seeloknya makan 2 biji buah yang berbeza setiap hari.

5. Susu dan produk tenusu
Susu dan produk perlu diambil setiap hari, pada setiap peringkat umur kerana ia makanan berkhasiat yang mengandungi pelbagai jenis nutrient penting. Bukan sahaja  mengandungi kandungan protein yang tinggi, malah kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan kalsium. Ia juga bertujuan untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat serta memaksimumkan pertumbuhan tulang pada usia muda yang boleh mencegah osteoporosis di hari tua.

Hidangan yang seimbang adalah bekalan makanan yang terdiri daripada kelima-lima kumpulan makanan di atas. Tiada satu jenis makanan yang dapat membekalkan semua nutrient yang diperlukan. 


elak perut buncit

Makanan Terbaik Elak Perut Buncit. Perut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan diri tidak kira samada lelaki dan perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit juga mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut. Oleh itu, kita disarankan untuk mengambil makanan mengikut pola pemakanan yang sihat dan diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut beberapa jenis makanan yang dapat membantu kita mengempiskan perut sekaligus mengurangi ukuran pinggang kita!. 

1. Serat 
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

2. Protein
Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang panggang pula mengandungi banyak gula.

3. Enzim 
Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

4. Lemak sihat
Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi tenaga. 

Lemak baik boleh didapati dari beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak zaitun. Bukan sahaja mampu membakar lemak, malah minyak zaitun juga boleh membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar. Seeloknya elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana secara semulajadi pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.

'Bersama menjaga kesihatan tubuh badan melalui pemakanan!'

MAKANAN YANG PALING SIHAT DIMAKAN WAKTU LARUT MALAM

Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia tabiat yang menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis dan jumlah kalori makanan ringan yang diambil, tidak kira waktu siang ataupun lewat malam. Elakkan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak yang tinggi, terutamanya pada waktu malam kerana tenaga berlebihan yang dihasilkan akan berkumpul menjadi lemak. 

Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat dan elok diambil ketika lewat malam atau sebelum tidur sekiranya berasa lapar. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan rasa lapar, malah lebih mudah untuk tidur dengan lebih lena. 

1. Pisang
Pisang mengandungi karbohidrat kompleks yang boleh menghasilkan melatonin untuk memudahkan kita tidur. Selain meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita berehat.

2. Smoothie blueberri
Smoothie buah-buahan terutamanya blueberri yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak sebagai bahan asasnya elok dijadikan salah satu makanan ringan ketika tengah malam. Ia mampu berfungsi sebagai probiotik jika ditambah yogurt dalam bentuk cecair kerana boleh membantu melancarkan sistem penghadaman semasa tidur.

3. Yogurt dengan buah-buahan
Yogurt mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga mampu mengelakkan insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam. Untuk proses antioksidan dan rasa yang lebih sedap, tambahkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi ataupun blueberri.

4. Buah-buahan segar
Buah-buahan segar elok dijadikan makanan ringan ketika lapar pada waktu malam, boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga sebagai antioksidan dan melancarkan sistem penghadaman ketika tidur. 

5. Bertih jagung
Bertih jagung ataupun popcorn merupakan karbohidrat kompleks yang mudah hadam. Seeloknya makan popcorn tanpa kandungan mentega ataupun garam yang tinggi supaya nilai kalorinya rendah dan sesuai dimakan ketika larut malam.

6. Roti gandum 
Roti gandum kaya dengan Vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zat besi, zink, asam folat dan antioksida. Malah, kandungan karbohidrat kompleks di dalamnya boleh membuat kita berasa kenyang lebih lama. Makan sepotong sandwich yang diperbuat daripada roti gandum bersama daging tanpa lemak serta sedikit salad  cukup untuk membuat kita tidur dengan lebih lena.

Minggu, 03 April 2016

Berikut dikongsikan Posisi Tidur Terbaik Menurut Islam Dan Sains. Bagaimana posisi tidur Anda? Cara tidur yang baik dapat memperpanjangkan umur Anda dan mengurangi risiko sakit punggung 
POSISI TIDUR  TERBAIK MENURUT ISLAM DAN SAINS

Posisi Tidur Terbaik Menurut Islam Dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.



KESILAPAN BERDIET YANG PERLU DIELAKKAN

Kesilapan yang sering dilakukan ketika berdiet

Sering merasa sia-sia berdiet kerana berat badan tidak turun? Pelbagai cara diet dilakukan tetapi berat badan masih ditahap lama? Lebih teruk apabila ia semakin bertambah bukannya berkurang. Sebenarnya ramai yang mengalami masalah ini, puncanya kerana kesilapan yang tidak disedari ketika sedang menjalani diet. Berikut disenaraikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika berdiet.

1. Jumlah kalori terlalu rendah

Ramai yang memilih untuk tidak makan kerana terlalu taksub mengejar matlamat untuk langsing dan mengurangkan berat badan. Ini menyebabkan kandungan kalori dalam badan tidak memadai seperti yang diperlukan oleh tubuh.

Lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 2500 kcal kalori setiap hari manakala wanita memerlukan sekurang-kurangnya 2000 kcal setiap hari. Sebaliknya jika jumlah kalori yang masuk hanya sekitar 1000 kcal atau kurang ia akan menurunkan kadar metabolisme tubuh dan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap anemia.

2. Batasi pengambilan kelompok makanan

Terdapat segelintir golongan berdiet membataskan pengambilan kelompok makanan tertentu. Contohnya mengamalkan diet karbohidrat, atau diet lemak. Tidak seharusnya berdiet dengan mengelakkan pengambilan karbohidrat dan lemak kerana tubuh masih memerlukannya. Masih boleh menurunkan berat badan dengan mengambil karbohidrat dan lemak tetapi perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit. Seeloknya makanlah makanan rendah lemak.

3. Kurangkan masa makan

Kesilapan paling ketara adalah meninggalkan waktu makan semata-mata kerana mahu berat badan turun dengan segera Seharusnya kurangkan jumlah makan bukan kuantiti masa makan.

4. Tidak minum susu

Mengambil susu setiap hari amat baik dan diperlukan, terutama susu rendah lemak yang berkalsium tinggi. Ini dapat membantu menguatkan tulang dan melengkapi nutrisi tubuh.

5. Penyalahgunaan salad

Makan salad sememangnya baik untuk berdiet kerana ia mengandungi sedikit kalori atau lemak. Namun, harus berhati-hati dengan mayonis yang digunakan sebagai ramuan tambahan kerana bahan asas mayonis terdiri daripada telur dan perasa berasaskan minyak yang jika berlebihan akan merosakkan program diet anda!.
Cuba ini: Salad campuran ala Western.

Semoga diet anda berjaya setelah mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan!


KETAHUI PUNCA SAKIT JANTUNG DI USIA MUDA

Penyakit Jantung Bukan Lagi Penyakit Orang Tua


KETIKA bersukan, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua.

Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).

Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an.

Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.

Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.

Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berkenaan ialah merokok (risiko paling tinggi), diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.

“Walaupun banyak faktor boleh menyebabkan sakit jantung, sering kita lupa ialah faktor sejarah keluarga kerana mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung, mempunyai risiko besar mendapat penyakit berkenaan.

“Impak mendapat sakit jantung bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga sama dengan pesakit jantung yang disebabkan amalan merokok.

“Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda,” katanya.

Menurutnya, ada lebih 20 ciri genetik diketahui sekarang, menyebabkan mereka mudah terkena sakit jantung dan lebih berisiko berbanding orang lain.

“Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun.

“Adakalanya tanpa faktor risiko pun, seseorang boleh mendapat sakit jantung. Misalnya, satu kajian membabitkan kira-kira 120,000 individu yang pernah menghidap sakit jantung koronari mendapati, 15 peratus wanita dan 19 peratus lelaki tidak mempunyai faktor risiko yang dikenali. Faktor genetik yang belum dikesan, disyaki memainkan peranan dalam kes sebegini,” katanya.

Beliau berkata, kajian terhadap tahap kolesterol, trigliserid (lipid atau lemak neutral daripada gliserol bergabung dengan tiga molekul asid lemak), lipoprotein (satu daripada sekumpulan protein di dalam plasma darah dan limfa yang bergabung dengan lemak lain seperti kolestrol), low-density lipoprotein (LDL – kolestrol jahat) dan (high density lipoprotein – kolestrol baik) di kalangan individu yang mempunyai sejarah keluarga sakit jantung turut mendapati mereka memang mempunyai kecenderungan untuk mendapat penyakit itu.

“Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada pembuluh darah turut terdedah kepada sakit jantung.

“Jika tiada sakit jantung, tetapi ujian high-sensitivity C-Reactive Protein (hs-CRP) yang dijalankan ke atasnya tinggi, dia turut berisiko mendapat sakit jantung.

“Ujian hs-CRP boleh mengesan lebih tepat kepekatan protein yang lebih rendah dan digalakkan sesetengah pihak sebagai ujian untuk menentukan tahap risiko yang berpotensi untuk penyakit kardiovaskular, serangan jantung dan strok,” katanya.

Beliau berkata, genetik ialah faktor utama untuk risiko sakit jantung. Ia seperti penyakit keturunan lain seperti jika dalam keluarga ibu bapa mempunyai diabetes, anaknya mungkin menghidap penyakit sama.

Begitu juga dengan kolesterol tinggi dan merokok. Dalam sebuah keluarga yang sosial ekonominya rendah, didapati risiko juga bertambah dan faktor stres juga menambah risiko melalui hormon adrenergik yang dikeluarkan kelenjar suprarenal apabila di bawah stres.

“Perbezaan jantina ialah lelaki mendapat risiko sakit jantung lebih awal. Perempuan mendapat perlindungan daripada hormon estrogen tapi selepas menopaus, risiko mereka terdedah sakit jantung sama seperti lelaki,” katanya.

Menurutnya, salur darah perempuan juga lebih kecil daripada lelaki. Oleh itu, gejala dialami wanita mungkin berbeza dengan lelaki.

Antara gejala sakit jantung dialami wanita ialah tiba-tiba rasa berpeluh sejuk, sesak nafas, rasa sakit antara tulang belakang, sakit tengkuk, bawah dagu, tepi lengan, belakang dan perut.

“Ramai wanita beranggapan sakit jantung penyakit lelaki, jadi mereka tidak menyangka diserang sakit jantung hingga lambat mendapatkan rawatan. Apabila penyakit disedari, ia lebih susah dirawat.”

“Salur darah koronari wanita lebih kecil menyebabkan mereka lebih sukar dirawat secara angioplasti, di mana sten dimasukkan ke dalam salur darah untuk mengembalikan pengaliran darah yang lancar di dalam pembuluh darah.

“Jika angioplasti tidak dapat dijalankan, rawatan perubatan atau medical therapy adalah pilihan rawatan bagi mereka. Pesakit lelaki lebih berkemungkinan mendapat sakit dada ketika serangan jantung berbanding wanita, dan biasanya akan didiagnosis lebih awal,” katanya.

Dr Suhaimi berkata, tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung.

Emosi juga antara penyebab sakit jantung, misalnya dalam mesyuarat atau terbabit pergaduhan, tekanan darah naik dan menyebabkan beban kepada jantung, seterusnya menyebabkan berlaku sakit jantung.

“Setiap individu, walaupun baru berusia 25 tahun, digalakkan membuat pemeriksaan darah dan ECG (diagnosis penyakit jantung).

“Pemeriksaan darah dapat mengesan masalah kolesterol dan diabetes. Jika kolesterol terlalu tinggi dan seseorang itu perokok walaupun usianya 20-an, dia mungkin diserang sakit jantung,” katanya.

“Yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan.

“Rawatan untuk memulihkan sakit jantung seperti pintasan (bypass) dan sten, tidak boleh bertahan selama-lamanya. Ia tidak sama dengan yang asli kerana pintasan jantung mungkin tersumbat 10 atau 15 tahun kemudian.

“Pesakit yang mempunyai ibu mendapat serangan jantung sebelum 55 tahun, perlu berhati-hati kerana risiko untuknya mendapat sakit jantung lebih tinggi dan pemeriksaan awal perlu dijalani. Mereka yang ada kolesterol tinggi kadangkala boleh dilihat dengan tanda kolesterol di mata,” katanya.

Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol.


WAKTU PALING SESUAI UNTUK MAKAN


Waktu makan adalah waktu yang sering di nanti untuk menambah semula tenaga, apatah lagi apabila perut sudah mula berkeroncong. Waktu makan perlu dipatuhi supaya makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum mengambil makanan yang baru. Seeloknya makan sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum berasa kenyang. Berikut dinyatakan  waktu yang sesuai untuk mengambil makanan supaya dapat mengekalkan kesihatan diri:

1. Sarapan pagi 


Sarapan pagi sekitar 8 pagi atau dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras gula di dalam darah. Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih cergas dan cerdas. Seeloknya pilih makanan tinggi kandungan karbohidrat kompleks seperti kekacang, oat, bijirin gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran. Contoh sarapan pagi: Muffin pisang dengan oat, muesli bar

2. Makan tengahari 


Makan tengahari sekitar 12 tengahhari atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas  mengambil sarapan pagi. Makan tengahhari amat penting kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Seeloknya ambil makanan yang seimbang dengan protein, karbohidrat kompeks, lemak baik (lemak yang tidak di proses serta bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat.

3. Minum petang  


Minum petang sekitar pukul 3 petang. Makanan yang baik untuk minum petang seperti bubur bijirin, salad buah-buahan, kacang, yogurt buah-buahan, dan sup sayur-sayuran. Contoh resipi: Bubur Puteri Berendam, Bubur Caca

4. Makan malam 


Makan malam sekitar 6 petang atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil makanan ringan ketika minum petang. Makan malam yang seimbang mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang baik. Contohnya seperti roti gandum, kekacang, pasta, daging atau ayam tanpa kulit, buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Snek lewat malam 


Snek lewat malam boleh dinikmati sekitar 9 malam atau 1 jam sebelum tidur. Pilih makanan yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien. Contohnya seperti buah-buahan segar, sayur sayuran dan yogurt rendah lemak. Elakkan daripada minum kopi atau minuman tenaga. Seeloknya minum segelas susu, air putih atau jus organik untuk tidur lebih lena. 

Panduan ini sesuai untuk individu yang mempunyai berat badan yang normal. Faktor umur, tinggi, berat, pekerjaan dan gaya hidup akan menentukan tabiat makan yang berbeza, begitu juga untuk individu yang menghidap penyakit.:)

Sabtu, 02 April 2016


FENOMENA AIR MERAH PULA MELANDA PERAIRAN SABAH

‘Air merah’ serang Labuan

Fenomena air merah atau ‘Red Tide’ dikesan mula menyerang perairan Wilayah Persekutuan Labuan sejak kelmarin, kira-kira 600 meter dari Pulau Papan.

Tinjauan Jabatan Perikanan mendapati, fenomena itu mula menyerang perairan itu pada jam 11.40 pagi dan keluasan meliputi kira-kira tiga hingga empat hektar dan sedang hanyut menghampiri Pulau Papan.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Zainuddin Abd Wahab berkata, sampel sudah dihantar ke makmal perikanan Likas, Sabah. “Ujian makmal mendapati spesies Red Tide adalah dari jenis’ Pyrodinium bahamense var compressum’ dengan jumlah kepekatan amat tinggi dan ini dikenali sebagai ‘Ledakan Alga’,” katany

Apa Itu Fenomena Air Merah [Red Tide]?

Perairan Sabah terutamanya di kawasan Labuan memang sudah lama terkenal dengan kejadian air merah atau lebih dikenali ‘Red Tide’ disebabkan oleh Cochlodinium polykrikoides.Namun pada penghujung tahun 2005 dan awal tahun 2006 sejenis lagi penyebab air merah yang dikenali sebagai Pyrodinium bahamense var compressum mula muncul.Dinoflagelat Pyrodinium bahamense var compressum yang juga pengeluar racun atau toksik kumpulan ‘Paralytic shellfish poisoning’ [PSP] yang mempunyai lebih 20 derivatif.

Punca Fenomena Air Merah Beracun [Red Tide]

Fenomena air merah beracun [Red tide] di Perairan Sabah terutamanya di Perairan Labuan berlaku secara bermusim iaitu di penghujung tahun dan awal tahun.Diramalkan bahawa fenomena ini biasanya berlaku pada musim kemarau selepas nerlakunya hujan lebat dan kesan dari suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan.Semasa fenomena,air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan dinoflagellate bertoksik kerana adanya pertambahan nutrien dalam air laut.

Mengapakah sebilangan sahaja hidupan laut yang menjadi toksik?

Ini disebabkan keunikan hidupan laut tersebut yang mempunyai sistem pemakanan secara penapisan.Plankton yang bertoksik akan terkumpul dalam tisu dan organ dalaman semasa penapisan makanan.Hidupan laut yang berkenaan adakah seperti berikut:

i. Semua jenis kerang-kerangan

ii. Ikan tamban

iii. Ikan selar

iv. Ikan selayang

v. Ikan kembong

 Tanda-tanda keracunan

i. Peringkat Awal

Pada masa 30 minit pertama,mangsa akan terasa kebas pada bahagian bibir,kemudian ke bahagian muka terus ke leher.Mangsa juga akan terasa seperti dicucuk jarum di bahagian hujung kaki dan tangan,sakit kepala,pening,muntah-muntah,cirit-birit dan loya.

ii. Peringkat Bahaya

Bagi kes yang teruk,mangsa akan mengalami kelumpuhan otot,sukar bernafas dan rasa tercekik.Dalam kes yang sangat serius,kematian boleh berlaku dalam masa 2 hingga 23 jam kerana sistem pernafasan menjadi lumpuh dan jantung tidak berfungsi.

 Langkah-langkah keselamatan

Setakat ini,belum ada lagi penawar atau antidot yang khusus untuk rawatan keracunan kerang paralitik.Oleh itu,langkah-langkah keselamatan seperti yang berikut haruslah dititik-beratkan:

1. Ambil perhatian terhadap sebarang pengumuman dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.

2. Elakan dari memakan semua jenis kerang-kerangan dan ikan-ikan yang berkenaan.

3. Ikan-ikan lain haruslah dibuang insang,organ dalaman dan dicuci dengan bersih sebelum dimasak.

4. Udang laut boleh dimakan tetapi kepala dan perut mestilah dibuang dan dicuci dengan bersih.

5. Elakan daripada memakan ketam dan udang kera dalam kuantiti yang banyak.

6. Sekiranya keracunan,dapatkan rawatan segera.Jangan minum alkohol.Di kawasan terpencil dimana rawatan segera tidak mudah diperolehi,minum air garam dalam kuantiti yang banyak atau telan putih telur dengan segera untuk mengeluarkan segala isi perut

Author

WIDGET 2